BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince


23 January 2011

Koleksi DOA Berkaitan Anak



1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
2. Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
3. Doa anak supaya kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
4. Doa anak agar taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
6. Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
7. Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5). 


21 January 2011

TIP-TIP KEJAYAAN

Tip Kejayaan (16) : Merancang dan bertindaklah berdasarkan keutamaan ....bekerja rajin dan gigih sahaja tidak mencukupi jika perkara yang patut di utamakan tidak pula di utamakan....akibatnya terbabaslah dari matlamat sebenar...!

Tip Kejayaan (15) : "Barang siapa yang berTakwa Kepada ALLah, nescaya Dia akan sediakan baginya jalan keluar dan Dia akan kurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka" [Al Talaq 2 dan 3]

Tip Kejayaan (14) : jauhilah dosa bagi mendekatkan rezeki, dusta dan berbohong membawa kepada kefakiran, lambat bangun mencegah masuknya rezeki dan banyak tidur pula boleh menyebabkan miskin harta dan miskin ilmu>>segeralah berubah !!!


Tip Kejayaan (13) : Ahli politik yang tidak berprisip adalah terdiri dari kaki ampu dan kaki bodek dan bersikap seperti lalang mengikut arah sokongan. Akhirnya dialah yang paling mudah kecundang tanpa ada siapa yang meneruskan perjuangannya.

Tip Kejayaan (12) : Belajarlah memahami dan menghayati Hukum Sebab dan Akibat melalui pelbagai kaedah termasuk ilmu Fengshui, Pengurusan Strategik dan sebaginya.

Tip Kejayaan (11) :Ada pelbagai jenis kecerdasan berfikir (IQ) >> kecerdasan berbahasa, kecerdasan mengira angka, kecerdasan berimaginasi, kecerdasan mencipta bunyi-bunyian, kecerdasan membina karektor, kecerdasan berhubung dengan orang lain dan kecerdasan memahami diri sendiri serta kecerdasan memahami alam sejagat....!!!

Tip Kejayaan (10) : Orang yang berjaya adalah orang yang merancang awal dalam kehidupannya, mereka memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Mereka adalah golongan proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tibanya hari esok yang belum pasti.


Tip kejayaan (9) : Didikan dan pembelajaran akan membentuk karektor dan tabiat> apalah maknanya ilmu pengetahuan yang tinggi, ijazah yang berjela-jela jika “KeManusian” rendah dan hina…???

Tip Kejayaan (8) : Kita sering bertindak mengikut suara hati/arahan minda, pernahkah kita bertanya kepada hati > bagaimanakah hati boleh berbicara dengan betul, bagaimana pula minda boleh mengarah dengan rasional ???

Tip Kejayaan (7) : ciri-ciri pasangan bahagia adalah 1) bijak mengambil hati pasangan 2) saling menghormati 3) luang masa untuk bersama 4) banyak berkongsi minat yang sama !!!

Tip Kejayaan (6) : Pasangan serasi dapat dibina melalui 5 jalinan utama iaitu 1) empati 2) kesabaran 3) kemesraan berunding 4)kemahiran menyelesaikan masalah dan 5)ketabahan

Tip Kejayaan(5): Semakin membesar anak-anak, semakin kurang kebergantungan mereka kepada ibubapa/penjaga….semakin lama usia perkahwinan, bagaimana pula saling kebergantungan antara suami dan isteri…semakin erat atau semakin rapuh ???


Tip Kejayaan (4) : DEMI MASA>> hanya orang yang sibuk sahaja yang tahu menguruskan masa dan mencipta masa...!!! Manakala mereka yang menyibuk dan buat-buat sibuk pula suka membuang masa...???

Tip Kejayaan (3) : Amanah, Bercakap Benar, Baik Tikahlaku dan Menjaga Makanan adalah sifat-sifat yang membawa kepada kecemerlangan dan terhindar dari kemelaratan - maksud hadis riwayat imam al hakim

Tip Kejayaan (2) : IDEA BERNAS > Hendaklah banyak berfikir untuk mendapat satu idea yang bernas. Mendengar pendapat dari ramai orang juga penting. Lebih banyak pendapat lebih mudah untuk memilih pendapat yang bernas.

Tip Kejayaan (1) : BERPAKAT > Bukan mudah untuk mencapai kesepakatan, bukan dengan sebarangan orang pula kita boleh berpakat. Mestilah pandai memilih orang yang ingin kita bergabung dan berpakat. Bergabunglah dengan mereka yang mempunyai nilai dan aspirasi yang sama. Berpakat membawa berkat.

11 January 2011

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya  (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang  1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah  permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".



5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

09 January 2011

AJL 25.. Layannnnnnnn..

Salam semo..
erm td baru lepas antar kak hada balik umah..
yelah, sokkan sekolah..
mcm manelah nk kejut anak mama sok pg ni..
dah 3 hari cuti..
hari jumaat cuti sebb adik kena cirit birit..
kesian anak mama, asyik keluar masuk toilet jek..

Skrg ni mama ngah layan AJL 25..
berdua jek ngan adik, coz papa keje mlm rini..
nasib anak mama ade, peneman tegar.. hehe..

Ni antara senarai2 peserta yang beraksi untuk AJL 25 tahun ni,


  1. Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
* Sapelah juaranye kan untuk tahun ni..

07 January 2011

Amalan mendapatkan zuriat


  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
  2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. surah AlWaqiah selepas subuh
  6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa
CARA SENAMAN BATIN
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut. 

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

06 January 2011

1st Day sek..

Ni mama nk update n3 untuk hari pertama persekolahan adik..
3 hb Januari 2011, sempena hari lahir mama, sempena juga
julung kalinya adik melangkhkan kaki ke alam persekolahan..

1st day, bgn pg ada susah sikit lah. hehe..
nak kena pujuk, nk kena belai baru leh bgn..
dah biasa bgn lambatlh katakan..

tgklah ni, dah siap pun, tp mata still nk terpejam.. hehe..
muke memg terpaksa dan dipaksa..


Alhamdulillah, bl dh masuk jek sek, adik x de wat hal..
cume ade malu2 sikit lh..
mgkn sebb msh lum boleh masuk ngan perangai kwn2 kat situ..

Tp untuk hr pertama ni mcm2 hal yg mama jumpa..
terutamanya menangis sampai x hingat.. hehe..
Nasib anak mama x gitu.. anak mama relax jek..
cume penyakit malu, lambat sikit nk hilg..

Pkl 10 lebih mama tgglkan adik sekejap.
mama balik umah ngan papa, sbb papa nak ambik barg..
kul 11 lebih mama dtg semula ke sek adik..
cikgu mengadu ngan mama..

"td naufal sedekahkan colour2 pencil dia pd kwn2 dia,
nasib saya nampak, tp saya dh kutipkan semula n masukkan
dlm beg dia "

Wahai anakku, mulia sungguh hati mu..
semo brg nk di sedekahkan kat kwn2 yek..
kalau ye pun nk cr kwn, jgn lh bodek kwn sampai
ke tahap tu.. ish3x...


Pkl 12 tghari adik blk sek..
Tp msh ade lg yg nangis x sudah2..
sedih sgt gaknye hati tu meniggalkan umah msg2.. hehe..

Blk umah, adik mkn nasi n terus bummmmmm..
penat sgt anak mama sek.. kesian..

Di support oleh Ultraman?? ye ke??

Salam Semo..
Mama nk cite psl persediaan adik untuk sesi pertama persekolahan ni..
Mcm x caye jek adik dh nak sek kan..
cepat betul ms berlalu..
cepat btl adik membesar..
diam x diam, adik dh nak masuk 4 tahun..
rase mcm baru jek mama ngandungkan adik..
ish ye jek.. huhu..

Brg2 sek adik beli kt mane ek??
erm nak tau ke??
mane lg kalau bukan tmpt shopping yg adik selalu war2kan tu..
BP MALL lah.. ish3x...

ntah ape yg dia suke sgt ngan bp mall tu pun mama x tau..
x lah best sgt pun..
agak nye tu jek yg adik senang sebut kot..


Disebbkan keterujaan adik kepada Ultraman terlalu mendalam..
nilah sebahagian hasil barangan persekolahan adik untuk kali ni..
Ianye telah di taja oleh Ultraman sendiri..
oh tidak.. 
tq ultraman.. 
( byklah ultraman nk taja ko!! )


Hadiah dr Papa???

Apakah hadiah yg mama terima dr papa untuk tahun ini??

Jawapannyeeee............
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Peh papa, 2 tahun berturut2 hadiah dr papa bersangkutan dgn IT..
papa nk suh mama keje bahgian IT ke??
Anyway, stinggi2 terima kasih yg x terhingga buat suamiku yg
tersayang dgn hadiah dr mu ini..
mama sygggggggg papa.. ( terus bodek x terkawal )
ish mane ade, sungguh ni.. dr hati yg ikhlas.. huhu..

28 Tahunnn?????



3hb Januari 2011..
Genaplah usia mama 28 tahun..
oh tua ke mama??
rasanye blm lg kot.. hehe.. 

Impian sempena hari lahir dan sempena tahun baru ni,
mama nak .......................................
biarlah mama jek yg tau.. hahaha..
mudah2an ape yg mama doakan siang mlm akan mendapat restu
dan sokongan dr yg ESA.. Amin..


KFC Larkin..

Nak cite plak psl KFC Larkin ni..
mcm teruja plak tgk dr luar.. hehe.. 
Mlm 1 Jan 2011, mama g PIZZA larkin ngan ayah long & kak hada..
g tukar hot ticket yg byk sgt tu.. ( peh, byk sgt, mcm bisnes women plak nk guna 
topup byk2)..
Pastu adik merengek nk g KFC yg kt sebelah tu..
mama dh janji nk bwk adik esoknye.. sebb nk g ngan papa sekali..
So tgahri 2hb tu, sebelum antar kak Hada pulang ke pangkuan ibu bapanye.. hehe..
kitaorg pun lepaklah kat KFC Larkin..
tq papa, sebb belanja kami lg.. dan lg.. dan lg.. hahhaha...


Nak suh berposing serah kat budak ni..
tp nk kena tgk mood dia jugak.. erm..


Gambaq wajib mama & anak.. 
Kak Hada x mo bergambar..
mgkn kerana terlalu kekenyangan mkn kfc.. huhu..

Pas mkn2, terus g umah mak ani, untuk antar kak hada balik..
Kak hada terpaksa pulg dgn terpaksanye..
kekeke.. ingt2 dh tiba ms untuk ke sek semula yekk..



* chaiyook.. chaiyook.. 3hb anak mama mulakan hari per1 persekolahan..

Di ambang Tahun baru..

Erm rini rasanye baru berkesempatan nk update xtvt adik untuk tahun 2011 ni..
walaupun cite ni dh lapuk, tp x pelah.. yg pntg adik boleh take note n jgn tanye2 lg yek..
Mlm sambutan tahun baru kali ni, papa bwk kami lepak2 kt dataran JB..
Walaupun badan msh penat2 lg ( sebb mengemas kat umah yg kami br pindh ni )
tp jalan tetap jalan hokey.. huhu..

Tok mak ngan kak hada ( yg terlalu rajin tlg mama mengemas, terimas' jasamu akan ucu ingt.. huhu..)
pun ade join kitaorg g dataran..
lepak2, mkn steamboat kt sane.. 
tq papa.. lain kali bwk lg yek..

ni ade sikit pice mase kt sane.. lain2 dh masuk fb.. x larat nk edit.. huhu..

Binatang wajib yg mesti di beli bl ade g tmpt2 gini.. belon gas yg berharga RM5,
dan lencana ultraman yg ade lampu2, yg berharga RM5 jugak..
wahai anakku, duit tu dpt beli lauk untuk 2 hari..
tp x pelah, hanya kau yg satu, so, papa still layan lg..

Kak Hada yg terlalu gembira dpt lepak kt dataran..
oh sungguh sadis..
walaupun kamu duk kat bandar, tp mcm ayam terlepas dr reban..
kesiannn... huhu..

05 January 2011

Bersiaran untuk Tahun 2011



Salam bersiaran di tahun baru ni..
Lame mama x update..
Untuk tahun ni, lglah mama bz..
sebb Naufal dah mule bersekolah..
Walaupun sekadar tadika tumpang, ( sebb baru berumur 3 thn ++ )
tp mama bangga sgt sebb anak mama dah besar..

Pasni mama akan update cite2 kami dr mlm kemuncak Tahun Baru 2011..
Erm byk cite baru ni, yg mama nak kena cite..
Untuk tatapan naufal bl dh besar nnt.
Ok smbg n3 selepas ini.. ; )