BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince


21 January 2011

TIP-TIP KEJAYAAN

Tip Kejayaan (16) : Merancang dan bertindaklah berdasarkan keutamaan ....bekerja rajin dan gigih sahaja tidak mencukupi jika perkara yang patut di utamakan tidak pula di utamakan....akibatnya terbabaslah dari matlamat sebenar...!

Tip Kejayaan (15) : "Barang siapa yang berTakwa Kepada ALLah, nescaya Dia akan sediakan baginya jalan keluar dan Dia akan kurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka" [Al Talaq 2 dan 3]

Tip Kejayaan (14) : jauhilah dosa bagi mendekatkan rezeki, dusta dan berbohong membawa kepada kefakiran, lambat bangun mencegah masuknya rezeki dan banyak tidur pula boleh menyebabkan miskin harta dan miskin ilmu>>segeralah berubah !!!


Tip Kejayaan (13) : Ahli politik yang tidak berprisip adalah terdiri dari kaki ampu dan kaki bodek dan bersikap seperti lalang mengikut arah sokongan. Akhirnya dialah yang paling mudah kecundang tanpa ada siapa yang meneruskan perjuangannya.

Tip Kejayaan (12) : Belajarlah memahami dan menghayati Hukum Sebab dan Akibat melalui pelbagai kaedah termasuk ilmu Fengshui, Pengurusan Strategik dan sebaginya.

Tip Kejayaan (11) :Ada pelbagai jenis kecerdasan berfikir (IQ) >> kecerdasan berbahasa, kecerdasan mengira angka, kecerdasan berimaginasi, kecerdasan mencipta bunyi-bunyian, kecerdasan membina karektor, kecerdasan berhubung dengan orang lain dan kecerdasan memahami diri sendiri serta kecerdasan memahami alam sejagat....!!!

Tip Kejayaan (10) : Orang yang berjaya adalah orang yang merancang awal dalam kehidupannya, mereka memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Mereka adalah golongan proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tibanya hari esok yang belum pasti.


Tip kejayaan (9) : Didikan dan pembelajaran akan membentuk karektor dan tabiat> apalah maknanya ilmu pengetahuan yang tinggi, ijazah yang berjela-jela jika “KeManusian” rendah dan hina…???

Tip Kejayaan (8) : Kita sering bertindak mengikut suara hati/arahan minda, pernahkah kita bertanya kepada hati > bagaimanakah hati boleh berbicara dengan betul, bagaimana pula minda boleh mengarah dengan rasional ???

Tip Kejayaan (7) : ciri-ciri pasangan bahagia adalah 1) bijak mengambil hati pasangan 2) saling menghormati 3) luang masa untuk bersama 4) banyak berkongsi minat yang sama !!!

Tip Kejayaan (6) : Pasangan serasi dapat dibina melalui 5 jalinan utama iaitu 1) empati 2) kesabaran 3) kemesraan berunding 4)kemahiran menyelesaikan masalah dan 5)ketabahan

Tip Kejayaan(5): Semakin membesar anak-anak, semakin kurang kebergantungan mereka kepada ibubapa/penjaga….semakin lama usia perkahwinan, bagaimana pula saling kebergantungan antara suami dan isteri…semakin erat atau semakin rapuh ???


Tip Kejayaan (4) : DEMI MASA>> hanya orang yang sibuk sahaja yang tahu menguruskan masa dan mencipta masa...!!! Manakala mereka yang menyibuk dan buat-buat sibuk pula suka membuang masa...???

Tip Kejayaan (3) : Amanah, Bercakap Benar, Baik Tikahlaku dan Menjaga Makanan adalah sifat-sifat yang membawa kepada kecemerlangan dan terhindar dari kemelaratan - maksud hadis riwayat imam al hakim

Tip Kejayaan (2) : IDEA BERNAS > Hendaklah banyak berfikir untuk mendapat satu idea yang bernas. Mendengar pendapat dari ramai orang juga penting. Lebih banyak pendapat lebih mudah untuk memilih pendapat yang bernas.

Tip Kejayaan (1) : BERPAKAT > Bukan mudah untuk mencapai kesepakatan, bukan dengan sebarangan orang pula kita boleh berpakat. Mestilah pandai memilih orang yang ingin kita bergabung dan berpakat. Bergabunglah dengan mereka yang mempunyai nilai dan aspirasi yang sama. Berpakat membawa berkat.

0 comments: