BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince


12 June 2011

Terjebak..

As Salam.. Tiba-tiba hati terpaut pada something.. hehe.. Erm nak tau ape yg mama dh terpaut ni??
Hati mama dh terpaut dek cerita Nora Elena drama yang ditayangkan di Slot Akasia TV3.. Mama sebenarnya x follow pun cerita ni dari mula, baru-baru ni jek mama mula jinak-jinak menonton.. sebabnya ramai sgt kwn2 kat fb yg dok sibuk cerita psl drama ni jek..


So, ape lagi, tanpa membuang masa mama pun carilah cite ni kat you tube ( sebb nak tonton dr mula ).. tp sygnya, kat you tube mama x dpt tgk habis.. semonye dh di delete.. oh rasa kecewa bangat.. huhu..
tp x putus asa lg, mama cr plak kt Enjoy Tv Show.. alhamdulillah, mama dh dpt tonton cite ni dari episod 1 - 20.



Patutlah masing2 sebok mengomen psl cite ni, memg best sgt.. bestnye sebb hero dan heroin yg hensem dan cantik, 2nd sebb adegan2 romantik kt dalam tu menusuk ke kalbu.. kekeke.. 


Sinopsis Drama Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Barisan Pelakon
Aaron Aziz sebagai Mohd Seth Tan,
Miera Liyana sebagai Maria Tan,
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Ery Putra sebagai Amir,
Zul Ariffin sebagai Eid,
Fateen sebagai Adila,
Ana Dahlia sebagai Azira,
Shah Iskandar sebagai Malik,
Wan Sharmila sebagai Yvonne . ( tgk watak si Yvonne ni mcm nak pecahkan laptop jek rasanya huh! )

* minggu ni dah minggu terakhir.. x sabar nak tgk kesudahannya..
harap-harap kesudahan yang membahagiakan.. ; )

0 comments: