Salam..
mama dpt info ni dr Majalah Wanita, cara2 membersihkan uri bayi..
- Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
- Basuh uri dengan bersih menggunakan air paip atau sungai yang mengalir sehingga tiada kesan darah yang melekat.
- Selepas itu, bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
- Letakkan uri yang telah dibersihkan di atas kain kapas putih yang bersih.
- Taburkan sedikit garam kasar bersama asam keping di atas uri berkenaan.
- Bungkus uri dengan kemas dan ikat ketat.
- Gali lubang tanah kira-kira satu kaki setengah (saiz muat untuk uri berkenaan sahaja. Jangan terlalu besar)
- Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan yang mudah reput (boleh juga gunakan tempurung kelapa)
- Setelah itu timbus tanah dan ratakan. Pastikan lubang yang digali tadi mengharap kearah kiblat)
- Akhiri proses dengan surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.
0 comments:
Post a Comment