BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince

30 December 2010

Kini Ku bahagia..

Salam Semo..
Dah Lame mama x update blog adik..
Esok dh masuk ke tahun baru..
Semoga segala kenangan indah dan pahit pada tahun ini
akan sentiasa menjadi kenangan di dalam hati kami sekeluarga..

Now, mama n adik dh berada dekat di hati dan jiwa papa
untuk selama-lamanye..... 
Mama Love Papa & Adik...

19 December 2010

Secebis Ingatan Buat Adam


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Latih Anak-Anak Berfikir Positif


Kadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya.
Ibu bapa masakini terlalu berlumba-lumba untuk melihat anak mendapat keputusan peperiksaan yang boleh membanggakan mereka, atau sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka bila ditanya oleh kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga.
Terkadang anak-anak menjadi mangsa. Mereka mangsa ibu bapa yang mahu mempertahankan keegoannya.
Mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan belum tentu membuktikan anak-anak akan menjadi cemerlang.
Keputusan peperiksaan yang baik boleh menjadi petanda bahawa anak itu bersungguh-sungguh, rajin, punya daya ingatan baik, cepat memahami sesuatu dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
Namun ia bukan satu bukti yang mutlak. Anak-anak yang cemerlang adalah yang punya keunggulan dalam rohaninya, pemikirannya, emosinya, akhlaknya dan fizikalnya.
Berfikir Untuk Cemerlang
Bahkan dalam aspek pemikiran, keputusan peperiksaan hanya dapat mengambarkan sebahagian kecil daripada kecemerlangan pemikirannya.
Oleh yang demikian ibu bapa perlu memiliki gambaran yang tepat berkaitan usaha memperkembangkan pemikiran anak-anak agar menjadi anak yang berfikiran cemerlang dan hebat.
Seperti yang pernah dibincangkan dahulu, Islam meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan pemikiran yang seimbang. Al-Quran itu sendiri menyedikan wahana unggul dalam membentuk pemikiran anak-anak.
Selain itu, Islam amat menggalakkan umatnya mengembangkan kebolehan berfikir.
Ungkapan "mudah-mudahan kamu berfikir', 'semoga kamu menggunakan akal' atau seumpamanya kerap didapati dalam Al-Quran.
Allah menyuruh para mukminin agar sentiasa merenung, bertafakur dan memikirkan dengan mendalam setiap fenomena alam yang dicipta oleh Allah.
Semuanya menjadi bahan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan menjadikan umat muslimin cemerlang dunia akhirat.
Bahkan kecemerlangan Islam pada generasi awalan juga berlaku kerana keberanian umat Islam meneroka alam ilmu dan pemikiran bagi memenuhi kehendak agama dan manusiawi.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat. Soal kemahiran dalam berfikir kurang menjadi perhatian ibu bapa pada hari ini.
Anak-anak banyak didedahkan dengan fakta dan data.
Namun, sedikit dibiasakan dengan seni bagaimana menganalisa dan mengolah fakta, pengalaman, maklumat dan data.
Mereka banyak diarah untuk melakukan itu dan ini, tetapi sedikit didorong untuk mencari inisiatif dan berfikir secara proaktif.
Proaktif ya, Reaktif tidak.
Anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif.
Anak yang reaktif ialah anak yang tidak mampu mengawal dirinya dalam menghadapi cabaran.
Dia cepat menyalahkan cabaran yang mendatang, dan lambat berfikir untuk mengatasainya.
Dia suka merungut-rungut dengan kesulitan dan sulit untuk meragut peluang penyelesaian.
Dia amat terpengaruh dan terkesan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya dan amat kecil kebolehan untuk mempengaruhi dan mengawal sikap atau perlakuan diri sendiri.
Dia hanya berusaha apabila ditekan dan dipaksa.
Sebaliknya anak-anak yang proaktif adalah anak-anak yang tahu halatuju hidupnya dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya.
Dia berupaya untuk membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan seharian, dan bertanggungjawab atas pilihannya. Kesulitan yang menimpa tidak dianggap 'masalah' tetapi sebagai satu 'cabaran'.
Lantas dia menghadapainya dengan tabah.
Anak-anak yang proaktif juga punya kesedaran, dan keinsafan sehingga terdorong untuk melakukan kerja-kerja baik walau pun tanpa ditekan atau dipaksa.
Pemikiran dan sikap proaktif bukan wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak.
Ia adalah hasil tarbiyah tidak formal sama ada sengaja atau tidak sengaja oleh pendidik mereka-terutamanya ibu bapa.
Pertamanya, anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya-menjadi hamba Allah yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Hal ini perlu diulang-ulang oleh ibu bapa.
Keduanya, setiap apa yang suruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya. Juga perlu dikaitkan dengan matlamat unggul tadi. Jika anak-anak disuruh mengemaskan bilik, nyatakan sebabnya.
Jika anak diminta habiskan nasi sehingga licin, sebutkan tujuannya. Demikian lah seterusnya.

30 November 2010

Wedding KIKI

Selamat Pengantin Baru buat KIKI dan suami.
Semoga mahligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..

20 NOV 2010



Wedding Angah

Selamat Pengantin Baru buat Angah dan suami..
Semoga mhaligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat...

 27 Nov 2010


 

19 November 2010

Bekok.. ( Part 3 )

Dah nak balikkkkkkkkkkkk...
Adik lah org yg plg susah sekali pujuk nak ajak balik..
Erm nasib papa dpt settlekan..
Tp mama memg dh agak dah, adik mesti buat hal punye..
kalau x buat hal,bukan Naufal Rafiq namanye..
huhu...




p/s : esoknye, mama ngan adik demam.. 
faris demam kat sek, sampaikn cikgu call mama zuly suruh ambik faris 
bwk ke klinik..
ish3x... seronoknye bercuti...


Bekok.. ( Part 2 )

Dah dpt port yg best, ape lg...
Mandi arh..
Air time tu plak sejuk betul, sebbnye....
Mlm sebelum kitaorg g tu, hujan..

Syok memg x hingat punye..
Rasa mcm x mo balik..
Anak mama lah yg berendam plg lama sekali..
Sampai kecut2 jari kaki ngan tangan pun still x mo naik lg..

















Dah puas berenang, confirm kebulur punye.. hehe..

Bekok.. ( Part 1 )

Xtvt cuti raye deepavali..
7hb Nov, kitaorg sefamily g berkelah ke Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok..
Mule2 plan nk g Hutan Lipur Gunung Berlumut..
Disebbkan kiteorg ni dah byk kali pergi ke sana, jadik lebih seronok bertukar angin plak...
Dah lama betul x g Bekok ni..

Pagi tu kitaorg bertolak pkl 10 dr Air Hitam..
Erm masing2 seronok x hingat punye..
Tok mak x ikut, sebb kena jg tok ayah kat umah..


Mood HAPPY !!!!!!!!


Dah Sampai.. Air terjun dh memanggil2.. huhu..


Dah jumpa pun "port" baik.. 
Mengah jugak mendaki, nak carik tmpt yg best punye psl..


Sesi menggedikkan diri sebelum mandi.. huhu.. 
layan jelah...

Xtvt naikkan bil air umah tok mak...

Salam semo.. hehe..
kali ni mama nk cite psl xtvt adik ngan cousin2 dia time berkumpul kat umah tok mak..
Bile semo dah balik, berkumpul memg saat yg plg syok sgt..
mcm2 kerenah, mcm2 perangai ade..
bile x jumpa, bertanya, bile berjumpa erm sendiri mau ingat arh..


Ni adalah salah satu xtvt yg dpt mengurangkan ade yg
 menangis, melalak, meraung bl bermain.. hehe..


suke arh tu.. 

09 November 2010

suka suki di TASIK Y..

Ni arh pice2 adik mase kat tasik Y..
ber2 jek ngan mama..











and xtvt bg ikan makan... hehe..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Tok ayah demam lepas operation..

2hb Nov 2010, pg mama pergi keje mcm biasa..
tghari mama balik rehat, mak inform ayah demam kat sepital..
siang ni ayah cik yg jg ayah..
so, mama call office n inform untuk ambik cuti 1/2 hari..
Pkl 3 lebih mama bawak adik, tok mak, umi and makcik kesepital..

Disebbkan adik x boleh masuk ke dlm wad, so mama terpaksalah 
bwk adik jln2 ke tasik Y..
Lepak2 kat sane ber2 ngan adik, sampai pkl 6 lebih..

keadaan ayah stabil, cume mgkn ayah terlalu menahan 
sakit, sampai demam..


Pembedahan...

Salam semo..
Erm lame sgt mama x update blog adik..
bz sgt bulan ni.. mcm2 berlaku dan mcm2 xtvt..
ok mama cite satu2 yek..

1st sekali mama nk cite tntg tarikh 1 Nov 2010..
Tarikh ni ayah telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu di hempedu..
Mama ambik cuti..
mama pergi sepital pagi tu dgn umi and mama zuly..
ayah cik dh tggu kat sepital dr mlmnye..
ayahlong sampai kemudian dr jb..

kami 5 beradik tggu ayah dr pkl 11.45am, ayah telah di tolak ke dewan bedah..
Mcm2 perasaan yg kami rasa..
x henti2 doa kami supaya ayah selamat menjalani pembedahan...
Yg membuatkan kami risau ialah,
menurut doktor, risiko yg bakal berlaku amatlah besar..
ayah mengalami masalah jantung yg sgt lemah..
doktor hanya bg peluang 50-50 pd kami..

x mo tgk bilik ni lg...

Lepas sorg2, pesakit yg dimasukkn dlm dewan bedah sudah dikeluarkan..
tp ayah masih belum dpt berita..
x henti2 kami tggu, berdoa supaya ayah selamat keluar dr dewan bedah seperti pesakit2 lain..

lebih kurg pd hampir pkl 4 ptg, kami lihat nurse dr wad 8 dtg tolak katil ke dewan bedah..
Alhamdulillah, ayah selamat..
Cume keadaan ayah terlalu lemah..
Ayah di usung semula masuk ke dlm wad 8 seperti biasa..
Alhamdulillah jugak ayah x perlu dimasukkan ke wad ICU seperti mana yg doktor bgtau
kami sebelum ni..
Kami tau ayah kuat.. 
Mlmnye ayahlong jg ayah kat sepital..

29 October 2010

Tok ayah dah masuk wad..

Pagi ni 30-10-2010, tok ayah dah di tahan dlm wad 7, sepital bp..
ayahlong antar tok ayah pg td.
Mgkn hari isnin, kalau x de ape2 hal tok ayah akan menjalani pembedahan..
harap2 semonye berjalan lancar..
kami semo tau ayah kuat.. 
kami sentiasa doakan semoga ayah selamat menjalani semo rawatan..

Mlm ni kami sekeluarga akan mengadakan bacaan Yasin kat umah tok mak..
Semoga Tuhan sentiasa melindungi ayah..
Amin..

27 October 2010

Rini mama halfday..


Rini mama keje halfday, coz kul 2 ptg td mama ade appoiment ngan sepital gomen untuk
checkup pakar..
G sorg2 jek.. Boring gak menunggu giliran..
biasalah bile dh sampai lambat, dpt no pun mestilah byk punye..
erm letih gak, terkejar2 rini..

Ptg ni mama x sempat ambik adik balik mengaji..
kesian anak mama, jalan kaki jek ngan abg faris.. 
sowi yek syg, mama terlambat..


26 October 2010

First day adik mengaji..


Sejuk perut mama mengandungkan adik...
Hari ni , 26 Oct 2010, adik mula mengaji Iqra' kat umah cikgu Umi.
Ni permintaan adik mlm semlm..
Nak g mengaji katanya ngan abg faris.
So, mama pun gilah umah cikgu Umi, and inform pd dia, sok adik nk start mengaji..

happy betul adik.. 

Balik keje kul 5.30ptg, mama terus ambik adik kat umah cikgu Umi.
Adik dh tggu kat depan umah dgn abg faris..
byk sgt mulut adik, kata abg faris..
yelah, pelajar termuda and terkecik.. hehe.
semo org ketawakan adik, sebb adik byk songel.. 



p/s : dh besar rupanye anak mama ni.. : )

22 October 2010

Nape ngan bulan ni??

Salam semo.. Dah lame betul mama x update blog adik..
Ntahlah, bulan 10 ni mama bz sgt ngan keje..
dan yg plg pntg sebb mama x sihat..
Tp last week papa dh bwk mama g klinik..
pas scan and bg ubat, alhamdulillah, dh beransur pulih skrg..

Semlm adik demam.. Maybe sebb keadaan cuaca skrg ni..
BERJEREBU..
And hari ni, mama plak demam..
tp mama still g keje, coz keje berlmbak2 kat office.. x leh nk tggl..

Pasni mama cube update sikit2 yek xtvt adik bulan ni..
Sowi yek syg mama... 

30 September 2010

Happy Birthday Papa..

20 ~ Sept ~ 2010
Hari lahir Kelahiran Suami yg Tercinta,
dan Papa yg Tersayang..



Selamat hari lahir papa, semoga dipanjangkn umur, dimurahkan rezeki,
dan semoga kite dpt mengecapi kebahagiaan hingga ke akhir hayat.. 
Aminnn...

Mama & Adik sentiasa sygkan papa hingga ke Syurga..

Open House umah sendiri & tmpt keje..

18 hb - 9 - 2010, mama wat mkn2 kat umah sendiri..
saje2 jek, x de lah open house sgt..
dh lame x msk, dh kematu plak tgn ni.. kekeke..

Mula2 plan nk jemput kwn2 tmpt keje sekali..
tp bl pikir2, kat tmpt keje mama skrg ni, ramai 
kwn berbangsa cina.. x semo dpt dtg umah..
so, disebbkan 20hb 9, ialah birthday papa,
mama pun buatlh mkn2 kat tmpt keje mama 20hb tu..
(mewakilkan papa, dgn niat sekali sempena birthday papa)

Mama x de ambik gambo lgsg mase wat mkn2 kat umah sendiri..
terlalu lah bz gamaknye.. kekeke..

Jumpa kwn2 sek mama...

Erm mama nk cite psl open house 
kwn sek mama lagi satu plak.. cik liza..
Mama g berdua jek ngan adik..
Sampai sane mama jumpa kwn2 sek mama..
Erm msg2 dh ade beg tangan.. hehe..
Adik mcm biasa, sibuk ajak kwn2 berposing..
gile posing anak mama ni. haha..
layan ek pice adik kat sane.


kesian Qaseh ngan Amie, jadik mangsa adik..


Semo still sorg lg, sapelah yg akan tambah beg tangan ke 2 dulu ni.. hehe..

Awek adik dtg raye kat umah.. kekeke..

Sebelum mama ngan adik g beraya umah cik nurul,
ibu G sekeluarga dtg beraya kat umah..
Diaorg baru balik dr Kelantan..
dah lama mama x tgk anak dara mama si qayra tu..
erm mkn comel.. tp pemalu..
naufal nk ajak bergambar, tp qayra x mo..
kesian anak bujang mama.. hehe..




p/s : bilelah, kitaorg plak nk g beraya umah ibu G ni.. papa asyik sibuk jek..


Balik2 jalan, dh ade open house.

Hehe.. pas kitaorg balik dr Penang, mama dpt jemputan open house kat 
umah kwn baik mama, Puan Nurul.. kekeke..
dr mama kat Penang lg tau dia dh call mama suh dtg umah dia.
Tp papa x pat dtg, sebb papa dh balik jb..

Mama g ngan adik, mama zuly, faris, cik ct n baby haiqal..
Cik Nurul masak mee kari.. erm sedapp sgt..
mekacih yek cik nurul.. 




Pice kecik tu, adik amie.. anak kepada tuan umah yg buat open house ni..


p/s : mlm ni adik start kena muntah2, maybe sebb msh mabuk perjalanan gaknye..

28 September 2010

Dah nk balik..

Dah hari ke3 pun kami kat Penang..
Rase mcm x puas balik kg..
erm..
Tiket bas kul 9.30mlm.. 
siang tu dh start kemas2 brg.
packing brg2 yg beli kt sini..
byk tul makanan yg mama beli..
hehe.. x perasan plak, tau beli jek..
teringtkan org2 kat jb nun..


mase ni papa demam.. dr mlm semlm papa demam.
kesian papa.. mgkn kerana perubahan cuaca gaknye..
yelah cuaca kt penang teramatlah panasnye..


ptg tu, mak teh ngan pak teh dtg..
nk jumpa mak kali terakhir untuk raye kali ni..
hehe
mudah2an tahun depan jumpa lg yek..


ni pice adik dh kat dlm bas..
ngantuk sgt adik, pas tgk cite kartun kt dlm bas tu..
papa plak layan cite hantu.. ape ntah tajuknye, lupe mama..
oklah, sekian cite jln2 cr psl kami untuk kali ni..

Batu feringgi...

N3 mandi manda..
tp mama x mandi pun.. adik ngan papa jek..
mama ni memg x berapa minat mandi laut,
sebb mls nk bilas.. leceh arh..
layan jelah pice adik ngan papa bermandi manda..

oh anak mama.. dah besar rupanye..


sebelum mandi2, g berposing dulu..




Balik dr batu feringgi, perut teramatlah lapar sgt..
ape lg g mkn char keuy teow..
erm sedapppp.. tp mcm x cukup plak.. hehe..
x pe, nnt kami mai lg no.. 

2nd day..


Ni dh bersiap-siap nk jln2.. 
hari ni g Penang lalu jambatan plak..
Adik mengaruk ajak turun..
katanye, nk tgk sotong kat dlm laut tu..
hehe.. manelah skrg ni leh turun kat atas jmbatan tu lg..
bukan mcm dulu2..

Planning nk g naik Bukit Bendera..
jap g tutup plak..
diaorg ngah renovate tmpt tu..
 Dlm perjalanan nk ke Taman Bunga, kitaorg singgh
Rumah Kelahiran P. Ramlee..
tp disebbkn hari yg kami dtg tu hari senin,
hehe tutup dahhhh.. kekeke..
dptlah ambik gambo kat luar umah jek..



Pastu tu, kitaorg g tmn bunga plak..
Mase nk masuk tu, pak cik zuki belikan adik ais krim..
jap g sampai dlm,monyet2 pun serbu arh adik,
nkkkan ais krim kat tgn adik tu..
trpaksalah mama korbankan ais krim tu untuk monyet2 tu
demi keselamatan adik.. kui.. kui.. kuii..
adik menangis x dpt terima kenyataan, ais krim nye kena mkn dek monyet..
huhuhu.. sadis..


p/s : pasni n3 mandi manda plak..

Beraya umah Mak Teh & Pak Teh..

Lps dah merasa naik feri, tibalah ke destinasi yg di tuju,
iaitu umah mak teh ngan pak teh.. 
tok mak memg dh x sabar nk jumpa abg dia ni..
dh lame benor x jumpa gamaknye.. hehe..

Mula2 di jamu mkn roti benggali ngan kuah kari..
erm sedappp..
relax2 jap.. maybe sebb lame sgt, adik pun dh naik bosan..
mama ngan papa pujuk adik jap g main kat tmn mainan kat area tu jek..



Pastu sambung g mkn semula kat umah mak teh..
kali ni kami mkn spagetti plak..
Semon yg masak.. erm boleh tahan..


Pas dh kenyang, dan tok mak pun dh sampai x larat nk bebual,
kitaorg pun berangkat arh pulang..
Adik pun dh mengaruk sgt.. hehe..

Perjalanan seterusnye, kitaorg g lepak kt padang kota lama..
g mkn Pasembor, kerang bakar, sotong ngan kangkung..
erm leh tahan kenyang.. dh mcm nk meletup perut.. ish3x..


Dah jalan2, balik ape lg.. Bobom arh.. Lepakkkkk.. tp syok..