Khas buat anak2 mama..
Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling membahagiakanSegala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.
Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…
19 December 2011
...Apabila Ibu Boleh Memilih...
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 12/19/2011 07:53:00 PM 0 comments
Labels: anak
30 July 2011
Rindu.. rindu.. serindu2nya...
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 7/30/2011 08:04:00 PM 0 comments
Labels: anak
03 May 2011
Rindu kt Naufal..
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 5/03/2011 03:54:00 AM 2 comments
Labels: anak
23 April 2011
Anugerah terindah
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 4/23/2011 09:47:00 PM 0 comments
Labels: anak
11 August 2010
Kegedikan adik di kwsn hospital.. hehe..
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 8/11/2010 07:09:00 AM 0 comments
Labels: anak
21 April 2010
Anakku..
Bila mama boleh memilih,
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 4/21/2010 12:19:00 AM 2 comments
Labels: anak
20 April 2010
Nyawaku..........
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 4/20/2010 11:17:00 PM 2 comments
Labels: anak
19 April 2010
Muhammad Naufal Rafiq
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 4/19/2010 11:12:00 PM 0 comments
Labels: anak
07 April 2010
Nak marah pun x jadik bileeeeeeeee.....................
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 4/07/2010 02:19:00 AM 0 comments
Labels: anak
06 January 2010
Adik jatuh basikal..
Ni lah perkara yg mama risaukan kalau adik bawak basikal.. basikal pun lehh nak wat drift..
adik dah dpt bahagian nye.. tp x taulah mama pas ni serik ke x.. mlm ni adik merengek jek coz susah nak hisap susu.. bibir adik bengkak sgt bahagian atas.. biasalah kan budak baik memg camni.. tgk arh gambo adik ni, sedih pun ade gak, kelakar pun ade gak..

Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2010 08:26:00 AM 0 comments
Labels: anak
Adik yg suke berangan depan webcam...
Nilah hasil gambo2 adik yg ntah ape2 di depan webcam mama.. hahhaha..x cukup diri sendiri bergambo, siap ajak power ranges ambik gambo gak sekali.. ape2 jelah syg, asal bahagia...

Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2010 07:59:00 AM 0 comments
Labels: anak
22 December 2009
Bila manja mama dah mula belajar bercakap

Inilah buah hati mama Muhammad Naufal Rafiq Bin Nasrudin. Berumur 2 tahun 9 bulan 10 hari mase mama update blog nie.. Manja mama tgh belajar bercakap sekrg ni.. Rase cam happy sgt bile dgr adik bercakap sekrg walaupun tonggang terbalik ayatnye.. hehehe... Belajar lg ye syg...
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 12/22/2009 04:37:00 AM 0 comments
Labels: anak





































