BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince

31 May 2011

Penghujung MEI???



As Salam..
Mcm x caye, pejam celik, pejam celik, dah nak penghujung bulan Mei pun..
Hai cepat betul masa berlalu.. Adik dah semakin besar, semakin bijak..
Habis bulan Mei, terbit bulan JUN.. bulan yg plg bermakna dalam sejarah hidup mama..
3 JUN, ialah ulang tahun perkahwinan mama dan papa..

3 JUN 2011 ni jatuh pd 1 REJAB 1432 AH..
Hari baik, Bulan baik.. Alhamdulillah...


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Papa belanja makan.. yum.. yum...

Erm ni cerita mlm semlm.
Papa bwk g mkn.. 
Nama kedai x hingat..
Yg mama tau kt BBU..

Menu 100% western food..
Oh tidak, sungguh memuakkan..
tp sebb nak jg hati papa, mama telan jugk chicken chop tu..

Sebenarnya mama ada sejarah tentang chicken chop ni..
sejarah masa ngandungkn naufal, n time mabuk yg teruk sgt..
masa tu mama zuly bwk mama keluar mkn kt seafood..
mama memg x leh mkn sgt, sebb byk makanan yg mama x boleh bau..
Tp nak jg hati mama zuly ngan along, so, mama pun ikutlah..

Time order, semo mama mcm x berkenan di hati..
So, mama zuly orderkn chicken chop untuk mama..
Oh tidak, sampai jek chicken chop tu, 
tekak ni dh rasa mcm nak terkeluar semo isi perut..

Cube jugak bertahan, cover line kan..
x nak plak nnt org2 keliling ckp ngada2 ini org.. hehe..
masukkn jugk sedikit demi sedikit..
and lastly, memg tekak x boleh dipaksa..

Sejak dr tu mama memg x boleh bau sos chicken chop tu..
terasa mcm masa mabuk dulu..
Tp semenjak 2 menjak ni, papa memg rajin bawak balik chicken chop untk 
mama ngan adik kt umah..
erm nasib arh, tekak dh leh terima..












Anyway, tq papa belanja mama ngan adik semlm..
Sedap sgt, cume x larat nak habiskan semo.. hehe..

Mandi Manda Lagi

As Salam..
Seperti yg papa dah janjikan, tiap2 hujung mggu papa kena bawak adik g 
mandi manda.. hehe.. 
Sebbnya, kalau hari2 biasa jgn harap papa boleh bawak..
Mggu ni keluar dr rumah agak lambat sikit, disebbkan faktor cuaca
yg x mengizinkan.. huh sadis..

Mula2 papa x nak g jugk sebb hujan lebat + plak ngan guruh..
Tp Adik hebat, lakonan adik telah menyebabkan hati papa luruh
sampaikan papa x sampai hati nak katakan TIDAK.. kekeke..
biasalahkan, anak sape.. 
LIKE MOTHER LIKE SON.. wink.. wink.. ; )

Tapi mggu ni adik x berapa happylah mandi kt sini..
1 ) cuaca kat atas yg dh berderum deram..
2 ) x de ramai kwn..
3 ) ada kwn pun tp x best, x sporting
4 ) air surut... hehe..
5 ) mama x temankan adik dlm air.. huh.. ngada2 ini budak...






* x lama pun adik berendam.. adalh lebih kurg 1 jam.. pastu balik..
ngam2 naik kete, hujan pun turun dgn lebatnya.. huh..
nasib dh selamat dalam kete..

Haiqal


Muhammad Haiqal Bin Mohd Yusri....
Erm budak kecik comel, manja, ngada2.. 
Balik kg memg kena buli jek ini budak..
Geram sgt bl tgk dia tgh tido..
Tp x larat nak jg bl dia celik mata.. hahahaha...

Ni gambar2 haiqal masa baru bgn dr tido..
Saje jek mama ngan kak iqah kacau dia, last2 terjaga pulak.. hehe..
Kak Iqah dah lari dulu..
Mamalah yg jd mangsa kena tgkkan.. huhu.. sadis..









* terselit gak muke bujang mama ni..
 hati pedih sebb mama ambk gambo adik haiqal jek.. hehe..

Balik Kg..

As Salam..
cerita mggu lepas yg baru nak di upload..
keadaan mama yg mcm biasa, terlalu sibuk konon2.. kekeke..
Lagipun skrg ni adik ngah tido..
so, aman sikit mama nak kuarkan idea untk blog ni..

Cite ni masa Jumaat yg lepas, 27 May 2011,
Mama ngan adik ikut ayah cik ngan cik ct balik kg..
mcm best jek bunyi balik kg tu kan..
Padahal balik air hitam jek..
Perjalanan 45 minit lalu highway.. kekeke..

Adik lah manusia plg happy sekali bl diajak balik kg..
adik dh bosan sgt kt jb ni..
hidup main PS, ngadap LAPTOP..
tu jelah xtvt adik skrg.. erm..
Terperap jek kt dlm umah..
Bosan.. Bosan.. Bosan...


Kat dlm kete sempat lg perposing ngan haiqal..

* haiqal dh makin ligat.. x reti duk diam, mcm gasing.. huhu...


27 May 2011

Bercakap semasa anak tidur


As Salam..

Ramai ibu bapa kadang kala terlalu tertumpu dgn tugas seharian 
sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika sedang tidur.

Ini ada petua untuk ibu bapa yg penyayang...

1 . Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan 
     YA LATIFF di umbun2 kepalanya sebanyak yang mungkin 
    @ memadai 100 kali.

2 . Membaca surah Al - Fatehah 1 kali , Alam Nasyrah 1 kali.

3 . Bercakap-cakaplah dgn anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada 
     nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kamu sebagai ibu kandung mereka.
     Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih
     sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah
     berkesan kepada jiwa dan rohnya.

4 . Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat 
     matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5 . Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya 
     air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun2 anak.


    * cubelah petua itu dan InsyaAllah kesannya akan anda dapat lihat sendiri..

                  BESTKAN MENJADI SEORANG IBU...........

25 May 2011

Mandi Manda


As Salam..
Cite yg dah berlalu beberapa hari yg lepas..
disebbkan mama terlalu sibuk ( ntah ape yg disebukkan )
so, hari ni baru mama berkesempatan nak upload gambo n citenye..

Cite mama ngan papa bwk adik g berendam..
huhu.. x lah jauh sgt pun..
kat pantai stulang laut jek..
bersih sgt pandai stulang skrg ni.. x mcm dulu..
skrg nak jumpa 1 sampah pun dh payah..

Adik berendam memg x hingat punya..
sampai x mo naik dah..
sorg2 pun jadik jek anak mama ni..
memg dah byk kali adik pujuk papa ajak g..
tp papa asyiklah sibuk jek ngan keje..
so, hari mggulh baru ada ms papa nak bwk..

nak g jauh2 lglah ntah bl baru papa x sibuk..
kesian anak mama..
kita g yg dekat dulu ye syg..




21 May 2011

Who next your MOTHER


Lagu ni adik suke sgt dgr..
so, mama pun ciptalah video ni untk hiburan adik..
Mama Syg Adik..

video

Lepak King..



Sebenarnya xtvt ni dah berlalu semggu yg lepas..
tp nak cite jugak.. kekeke..
Cite dimana seorg mama bercanda gurau ngan anak tersyg di kedai ATOK..
ATOK sape ek??







ni lah ATOK kepada semo org..
ATOK KFC.. hehe..

Saje lepak2 layan anak mama..
sebenarnya adik msh dlm pntg,
x dibenarkn mkn ayam..
so, mama bg mkn kentg jelah...








suke dpt game puzzle, tp hayat puzzle tu x lama.. hehe..



Akhirnya mama tewas.. apabilaaaaaaaaaaaaaa........
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

adik merengek nak mkn ayam....... erm hampeh..
hilang terus pantang.. sowi ek tok mak ngan kak iqah..
adik termakan ini ayam... huhu...


muka x boleh blah.. kekeke...


Hempedu oh Hempedu


As Salam di ptg Sabtu.. haha..
Mama ngan adik baru balik dr melawat Ucu Hashim kt HSA..
Ucu kena operation semlm ptg..
Mslh batu hempedu, Tp kena buang dgn hempedu sekali.. 

Mama dah rasa sakitnya masa umur 18 tahun..
Mama dah lalui operation yg sama..
sakit yg amat sgt..
erm sabar ye Ucu, pas dh buang tu kira oklah dr x buang..
pasni dah boleh lari2.. huhu..

Adik dah tetido ni..
lepak sangat agaknya..
almaklumlah, mama ngan papa seludup adik naik tgkt atas..
padahal kanak2 x dibenarkan naik sampai tgkt atas..
hehe.. x sampai hati nk tgglkan adik kt bwh..
nasib baik doa mama menjadi..
doa supaya guard x nampak adik.. kekekeke..
(kalau sepital daerah jgn harap dpt buat mcm ni)

Kami doakan Ucu cepat sembuh ye..


16 May 2011

Lari.. Lari.. Lari...



Jika engkau merasa tersiksa
dengan keadaanmu sekarang

melarikan diri dari keadaan itu

tidak akan melepaskan kegelisahan

dari jiwamu.



Sesungguhnya

kegelisahan tidak berada di tempat

yang menggelisahkanmu

tapi ada di hatimu.

Pelarian hanya akan menyampaikanmu

di tempat yang jauh

dengan perasaan yang sama.



Kerana sebetulnya engkau tidak bisa

berlari meninggalkan hatimu sendiri.


Tenteramkanlah hatimu.


p/s : erm tepat kata2 ni.. lg lari, lg x selesai mslh..



14 May 2011

Nur kasih

video

13 May 2011

PESAN BUAT SUAMI

Wahai suami bergelar ayah 
lindungi zuriatmu dengan kasih sayang 
marah berpada dengan kenakalannya 
jangan hamburkan kata-kata nista 
Kerana kata-katamu adalah doa 
yang tiada hijabnya. 

Wahai suami penyambung zuriat 
berilah perhatian kepada kaum kerabat 
eratkan silaturrahim 
bantu yang memerlukan 
ziarah yang mendapat kemalangan. 

Wahai suami pemegang amanah 
hormatilah isterimu 
Jangan pandang seperti lalat 
berilah perhatian, sentuhan dan kasih sayang 
Jika ada salah silapnya 
Jangan sakiti hatinya 
Fikir cara terbaik membentuknya. 

Wahai suami pelindung kasih 
cintailah isterimu sepenuh hati 
dialah ibu kepada anak-anak 
Penjaga harta dan rumah tangga 
teman paling akrab 
tempat berkongsi suka duka. 

Wahai suami tonggak keluarga 
Bersoleklah untuk isteri 
Sucikan diri dan hati 
merdukan suara 
dengan madah dan seloka 
Ulangi yang isterimu suka 
jangan remehkan keinginannya 

Jangan butakan hatimu 
pada kecantikannya 
pada pengorbanannya 
setialah pada kalimat 
"Kau adalah isteriku". 

Kerana Terluka




Beratnya rasa hati nak melangkah pergi

Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan...


Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...



Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya...


Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini


Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

08 May 2011

Kaulah segala2nya..

video