BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince

28 January 2010

Tunku Ismail dimasyhur sebagai Tunku Mahkota Johor

JOHOR BAHARU: Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di sini, jam 3.20 petang tadi.


Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan
oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab


Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan
oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab
mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris
bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian
pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum

Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor
mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli
Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar
Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda
baginda atas limpah perkenaan dilantik sebagai waris takhta Johor.

Tunku Ismail turut melafaz taat setia untuk melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda
baginda, Sultan Ibrahim dan bonda baginda, Raja Zarith Sofiah almarhum Sultan
Idris serta rakyat Johor.

Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja yang lain dan
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot membacakan doa sejurus
istiadat pemasyhuran selesai.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan
Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan
isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin; barisan Exco dan Anggota Dewan Undangan
Negeri Johor serta pegawai-pegawai kerajaan.

Tunku Ismail, 26, dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor menggantikan Sultan
Ibrahim yang dimasyhur sebagai Sultan Johor, Sabtu lalu.

Pemasyhuran bagi mewarisi takhta Johor itu berikutan kemangkatan nenda baginda
Sultan Iskandar, Jumaat lalu.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu, Tunku Ismail merupakan putera
sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan
nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Baharu dan
Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian
di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia,
mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja,
Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai
pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA)),
Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember
2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai
pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.

Aktif dalam menunggang kuda dan sukan polo sejak kecil, Tunku Ismail juga
dianugerahkan "Best in Riding" antara kadet-kadet IMA tahun 2003-2004 selain
dipilih pemain polo Rejimen 61 Cavalry yang membawa kejayaan kepada rejimen
itu memenangi beberapa piala kejohanan polo.

Tunku Ismail menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing yang pertama
mengetuai pasukan tentera India pada perbarisan hari kebangsaan negara itu, pada
26 Januari 2007.

Dengan berpangkat kapten, Tunku Ismail mengetuai rejimen berkuda memberi
tabik hormat kepada Presiden India Dr APJ Abdul Kalam ketika itu semasa
sambutan hari kebangsaan ke-58, yang turut dihadiri tetamu khas termasuk
Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tunku Ismail dikurniakan Darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia Pangkat Ketiga
Setia Mahkota Johor (SMJ) pada 16 September 2004 dan dikurniakan Pangkat Pertama
Darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia, Seri Paduka Mahkota Johor(SPMJ) sempena
ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar pada 2005.

Seterusnya, Tunku Ismail dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati
Pangkat Kedua (DK II) pada ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar, pada
2006 dan dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
pada ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar, tahun lalu. -Bernama

23 January 2010

Tengku Ibrahim Ismail kini Sultan Johor

2010/01/23


Tengku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasminya sebagai Sultan
Johor dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani
Othman di Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada 10.31 pagi tadi.

Jenazah Sultan Iskandar selamat disemadikan

JOHOR BAHRU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini.


Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.


Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum, termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda.


Istiadat itu disaksikan Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota kerabat diraja Johor yang lain.


Turut berangkat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.


Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri upacara pemakaman itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, turut hadir.


Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.


Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.


Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya.


Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.


Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering. - Bernama

Tok Ayah masuk sepital..

Rini 22.01.2010 tok ayah dimasukkan ke hospital kerana sakit paru-paru berair dan jantung tok ayah bengkak.. Aduss.. Mama ambik cuti halfday rini ngan cik ct @ ayah chik sebb nak g tgk tok ayah kat sepital.. adik mcm biasa kena tggl kat umah mama zuly, sebb kalau bawak pun bukan adik leh masuk wad pun..
Wat tok ayah, semoga cepat sembuh dan cepat dpt balik semula ke rumah..

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau pulihkan segala penyakit ayahku, semoga dia boleh memulakan kembali kehidupannye seperti sedia kala.. Amin....

06 January 2010

Adik jatuh basikal..

Ni lah perkara yg mama risaukan kalau adik bawak basikal.. basikal pun lehh nak wat drift..
adik dah dpt bahagian nye.. tp x taulah mama pas ni serik ke x.. mlm ni adik merengek jek coz susah nak hisap susu.. bibir adik bengkak sgt bahagian atas.. biasalah kan budak baik memg camni.. tgk arh gambo adik ni, sedih pun ade gak, kelakar pun ade gak..








Adik yg suke berangan depan webcam...

Nilah hasil gambo2 adik yg ntah ape2 di depan webcam mama.. hahhaha..x cukup diri sendiri bergambo, siap ajak power ranges ambik gambo gak sekali.. ape2 jelah syg, asal bahagia...




























03-01-2010 Hari lahir mama ke 27 tahun...

Erm rini birth mama yg ke 27 tahun.. Happy birth 2 mama sendiri.. hahaha.. rini tok mak wat kenduri yasin perempuan kat umah.. sempena kesyukuran cucu2 tok mak yg telah selamat menjalani peperiksaan dan berjaya dgn keputusan cemerlang.. sekali arung arh untuk mama sendiri sempena birth mama..

Tahun ni mama potong kek buah.. hehe.. Thanks mama zuly untuk kek ni.. semangat adik meniup lilin untuk mama.. sampaikn hampir2 banjir kek tu di buatnye.. hehe... adik memg minat ngan kek birth ni, sesapa jek nye birth kat umah ni, confirm adik bahagian tiup lilin nye..
sabar ye syg, birth adik x lame jek lg..

Untuk papa, mak, k.eda, k.zuly thanks di atas hadiah2 tu..



kek mama 27 tahun...


alhamdulillah, moga dipanjangkn umur, dan dimurahkan rezeki..


adik dah x sabo nak tiup lilin tu.. hehe..

papa, sebagai model mee rebus plak..




04 January 2010

Balik asal...

Rini dah nak balik asal semula.. sebelum bertolak balik papa bwk adik g test kete kat danga bay dulu.. suke adik dpt drive sendiri kononnye.. padahal papa yg control bagai nak rak.. semangat papa.. huhuhu.. pastu cam biasa g isi perut dulu, lapo lah plak lepas mama tgk adik drive td.. singgah mkn kat kulai ( tempat kelahiran adik )...




mama ngan adik..


mama ngan papa...

adik dah x sabo nak wat rift ni...



erm papa yg control rupenye..




jauhnye sayang, nak g mane tu...


adik dah lapo ni...

model otak-otak..

papa ngan heronye...

01 January 2010

Kereta baru adik.....

Sampai umah tok mak, adik mengaruk... sebbnye tgh syiok tido adik kena kejut.. huhuhuhu.. tp kejap jek ngaruk adik ni.. bile adik dpt kereta baru adik... thanks papa.. huhuhu adik suke bangat.. tp wat mase sekrg adik x leh nak control sendiri, kena org lain yg tlg controlkan adik.. layan pics adik ngan kete baru..



01.01.2010 adik nak balik kg

Dah masuk tahun baru 2010.. rini adik nak balik kg, nak jumpa atuk, nak jumpa mak..tghari adik ikut mama g bp dulu.. g bp ngan ayahcik, cik ct & abg syafiq..mama dah janji nak bawak abg syafiq g bp mall, nak belikan hadiah untuk kejayaan cemerlangnye dlm pmr yg lepas (8A).. huhuhuhu.. adik layan ye pics adik untuk tahun baru ni..
















ni lah benda alahnye yg dituntut abg syafiq tuk hadiah pmr nye.. huhu..