BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince

28 April 2011

Kereta kecil warna kuning..

Papaku pulang dr kota..
papaku belikan kereta..
hahhahahha..

hari2 adik nyanyi lagu tu..
sebenarnya kereta ni dh lama papa beli..
disebbkan ms tu adik x berapa pandai main lg,
papa simpan dulu..

la ni adik dh cerdik, dh leh drive sendiri,
so, mama pun keluarkan semula..

Adik punyalah happy, tp pelik, 
adik lupe kete ni dia pernah main dulu..
adik ingt papa baru belikan..
hahhahaha.. sadis..

so, dgn bangganya, adik pun bawaklh adik haiqal kesayangannya
ronda2 keliling umah tok mak..
kekekeke.. yeye jek budak kecik ni..




* xtvt ini berlaku sehari sblm adik demam.. 
dah demam kete pun x leh drive lg..

Demam!!!!

Saat plg menakutkan..
Apabila anak demam..
ish3x....
biarlah mama yg demam, jgn anak mama..
memg x cukup tido dibuatnya.. 
merengek, menangis dah jadik pakej   :(




* 2 hari adik demam, and lastly kena mata ikan,
tp adik x ckp mata ikan, adik ckp mata ayam...
hahhahaha.. layannn.. 
suka sgt mkn ayam golek..

Birthday ayah cik..

27 April 2011,
Birthday ayah cik yg ke 33 tahun..
happy birthday ayah cik, semoga dipanjgkan umur,
dimurahkan rezeki, dan berbahagia selalu..

Mcm biasa wat sambutan kecil2an dgn family..
dan mcm biasa adik jugaklah jemputan yg plg menyibuk sekali..
hahhahahha..sampai nangis2 nak potong jugk kek..
tiap2 bulan dia punya birthday..
hai lah anak..






24 April 2011

Basikal baru


Mggu lepas adik berjaya pow papa untk membeli basikal baru..
hahahhahhaha..
ntah kenderaan yg keberapa pun x pasti dh..

asalnya adik minta izin nak bwk balk PS2 ke umah tokmak
air hitam.. tp papa x benarkan..
Papa risau adik leka ngadap game jek nnt..

Akhirnya terpaksalah cover semula ngan basikal ni..





* tp mulut adik msh lagi menyebut PS2, PS2.. hahhahahha..
layannnnnnn..

Toman..



BUkan pulau tioman, But ikan toman..
HAahhahahaha..
sungguh besar, dan erm ntahlah ek.. 








KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA




Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

23 April 2011

Anugerah terindah

Bila Anak mengalami Tekanan Emosi


Kita sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.
Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa. Dan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.
Gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.
Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.
Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak. Tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.
Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten. Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.
Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik. Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.
Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi. Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik. Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru. Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu. Jadilah ibu bapa yang prihatin dan faham kemahuan anak ‘Generasi Digital’ abad ke-21.

Nasihat utk para suami





1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…. 

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah… 

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.