23 January 2011
Koleksi DOA Berkaitan Anak
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/23/2011 09:51:00 PM 0 comments
Labels: Tips
21 January 2011
TIP-TIP KEJAYAAN
Tip Kejayaan (16) : Merancang dan bertindaklah berdasarkan keutamaan ....bekerja rajin dan gigih sahaja tidak mencukupi jika perkara yang patut di utamakan tidak pula di utamakan....akibatnya terbabaslah dari matlamat sebenar...!
Tip Kejayaan (15) : "Barang siapa yang berTakwa Kepada ALLah, nescaya Dia akan sediakan baginya jalan keluar dan Dia akan kurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka" [Al Talaq 2 dan 3]
Tip Kejayaan (14) : jauhilah dosa bagi mendekatkan rezeki, dusta dan berbohong membawa kepada kefakiran, lambat bangun mencegah masuknya rezeki dan banyak tidur pula boleh menyebabkan miskin harta dan miskin ilmu>>segeralah berubah !!!
Tip Kejayaan (13) : Ahli politik yang tidak berprisip adalah terdiri dari kaki ampu dan kaki bodek dan bersikap seperti lalang mengikut arah sokongan. Akhirnya dialah yang paling mudah kecundang tanpa ada siapa yang meneruskan perjuangannya.
Tip Kejayaan (12) : Belajarlah memahami dan menghayati Hukum Sebab dan Akibat melalui pelbagai kaedah termasuk ilmu Fengshui, Pengurusan Strategik dan sebaginya.
Tip Kejayaan (11) :Ada pelbagai jenis kecerdasan berfikir (IQ) >> kecerdasan berbahasa, kecerdasan mengira angka, kecerdasan berimaginasi, kecerdasan mencipta bunyi-bunyian, kecerdasan membina karektor, kecerdasan berhubung dengan orang lain dan kecerdasan memahami diri sendiri serta kecerdasan memahami alam sejagat....!!!
Tip Kejayaan (10) : Orang yang berjaya adalah orang yang merancang awal dalam kehidupannya, mereka memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Mereka adalah golongan proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tibanya hari esok yang belum pasti.
Tip kejayaan (9) : Didikan dan pembelajaran akan membentuk karektor dan tabiat> apalah maknanya ilmu pengetahuan yang tinggi, ijazah yang berjela-jela jika “KeManusian” rendah dan hina…???
Tip Kejayaan (8) : Kita sering bertindak mengikut suara hati/arahan minda, pernahkah kita bertanya kepada hati > bagaimanakah hati boleh berbicara dengan betul, bagaimana pula minda boleh mengarah dengan rasional ???
Tip Kejayaan (7) : ciri-ciri pasangan bahagia adalah 1) bijak mengambil hati pasangan 2) saling menghormati 3) luang masa untuk bersama 4) banyak berkongsi minat yang sama !!!
Tip Kejayaan (6) : Pasangan serasi dapat dibina melalui 5 jalinan utama iaitu 1) empati 2) kesabaran 3) kemesraan berunding 4)kemahiran menyelesaikan masalah dan 5)ketabahan
Tip Kejayaan(5): Semakin membesar anak-anak, semakin kurang kebergantungan mereka kepada ibubapa/penjaga….semakin lama usia perkahwinan, bagaimana pula saling kebergantungan antara suami dan isteri…semakin erat atau semakin rapuh ???
Tip Kejayaan (4) : DEMI MASA>> hanya orang yang sibuk sahaja yang tahu menguruskan masa dan mencipta masa...!!! Manakala mereka yang menyibuk dan buat-buat sibuk pula suka membuang masa...???
Tip Kejayaan (3) : Amanah, Bercakap Benar, Baik Tikahlaku dan Menjaga Makanan adalah sifat-sifat yang membawa kepada kecemerlangan dan terhindar dari kemelaratan - maksud hadis riwayat imam al hakim
Tip Kejayaan (2) : IDEA BERNAS > Hendaklah banyak berfikir untuk mendapat satu idea yang bernas. Mendengar pendapat dari ramai orang juga penting. Lebih banyak pendapat lebih mudah untuk memilih pendapat yang bernas.
Tip Kejayaan (1) : BERPAKAT > Bukan mudah untuk mencapai kesepakatan, bukan dengan sebarangan orang pula kita boleh berpakat. Mestilah pandai memilih orang yang ingin kita bergabung dan berpakat. Bergabunglah dengan mereka yang mempunyai nilai dan aspirasi yang sama. Berpakat membawa berkat.
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/21/2011 07:46:00 PM 0 comments
Labels: Tips
11 January 2011
Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/11/2011 06:31:00 PM 0 comments
Labels: Tips
09 January 2011
AJL 25.. Layannnnnnnn..
- Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri
- Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
- Pelita (A.P.I/ Loque)
- Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
- Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
- Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
- Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
- Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
- Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
- Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
- Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
- Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
- Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
- Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/09/2011 06:12:00 AM 0 comments
Labels: AJL
07 January 2011
Amalan mendapatkan zuriat
- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
- Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
- Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
- Doa Nabi Zakaria
- surah AlWaqiah selepas subuh
- lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
- Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
- Badam (almond) 5 Biji tiap hari
- Buah Delima
- Buah Zaitun
- Buah Kurma
- Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
- Jangan minum air kelapa
- Duduk bersila badan tegak
- Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
- Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
- Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
- Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t
2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/07/2011 12:38:00 AM 0 comments
Labels: Tips
06 January 2011
1st Day sek..
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2011 07:33:00 PM 0 comments
Labels: sekolah
Di support oleh Ultraman?? ye ke??
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2011 07:18:00 PM 0 comments
Labels: sekolah
Hadiah dr Papa???
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2011 07:08:00 PM 0 comments
Labels: birthday
28 Tahunnn?????
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2011 06:36:00 PM 0 comments
Labels: birthday
KFC Larkin..
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2011 05:56:00 PM 2 comments
Labels: kfc
Di ambang Tahun baru..
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/06/2011 05:35:00 PM 0 comments
Labels: 2011
05 January 2011
Bersiaran untuk Tahun 2011
Ilham dari mama naufal Tarikh & Waktu 1/05/2011 01:09:00 AM 0 comments
Labels: Tahun Baru