BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince

27 December 2011

Diabetes Ketika Hamil

Ada ketika ibu mengalami diabetes ketika hamil sedangkan semasa tidak hamil tidak mengalaminya. Terdapat 3 jenis diabetes tahap 1, tahap 2 atau gestational. Gestational berlaku ketika hamil sahaja. Biasanya tiada tanda tertentu yang boleh dipantau. Untuk mengetahuinya perlu membuat pemeriksaan antara minggu ke 24 ke 28 hamil.

Ketika hamil, badan anda akan menghasilkan juga glukosa untuk bayi yang disalurkan melalui uri. Uri juga menghasilkan hormon tertentu untuk membantu pembesaran bayi. Hormon ini menyebabkan badan anda sukar menggunakan insulin. Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak hormon anti insulin, ia akan menghalang pergerakan glukosa dari aliran darah ke sel. Pankreas pula tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup, ini menyebabkan berlaku diabetes bila terlalu banyak glukosa dalam darah.

Risiko mengalami diabetes ketika hamil jika
- sejarah keluarga yang alami diabetes
- pernah bersalin bayi pra matang atau bayi terlalu berat melebihi 4.5 kg
- Gemuk
- Berumur lebih 25 tahun

Diabetes akan memberi kesan kepada saiz bayi. Jika terlalu tinggi, bayi akan mendapat terlebih khasiat dan bayi terlebih besar. Ini boleh menyebabkan bayi gemuk atau dikenali mascromia. Bayi akan membentuk lemak di bahu dan menyebabkan sukar bersalin secara normal. Bayi juga akan mengalami kandungan gula dalam darah yang rendah, kemungkinan bayi juga alami diabetes tahap 2 di kemudian harinya atau alami demam kuning.

Kesan pada ibu pula, ibu mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan, alami tekanan darah tinggi dan bengkak tangan dan kaki, jangkitan saluran kencing dan mengalami diabetes ketika semakin berumur dan alaminya lagi untuk kehamilan seterusnya.

Jika anda alami diabetes, anda boleh kawalnya dengan menjaga pemakanan, tahap aktiviti anda, insulin dan stres. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan. Anda perlu memeriksa glukosa dalam darah mengikut yang disarankan oleh doktor anda dengan membuat ujian glukosa.

Untuk memastikan bayi sihat, sepanjang hamil boleh lakukan beberapa ujian
- ujian ultrasound perlu dilakukan untuk memeriksa perkembangan bayi.
- Ujian alpha-fetoprotein untuk mengesan protein tertentu yang dihasilkan dalam hati bayi.
- Amniocentesis – ujian mengambil cecair amniotic (cecair di sekeliling bayi). Penting untuk tentukan paru-paru bayi matang jika terpaksa bersalin awal
- Ujian anti stress - merekod denyutan jantung bayi untuk memeriksa kesihatan bayi di akhir hamil. Sejenis alat akan diletak di perut ibu
- Pantauan terhadap bayi semasa bersalin. Membuat pemeriksaan denyutan jantung bayi untuk mengesan jika terdapat tanda stres..

0 comments: