BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Little Prince

27 December 2011

Posisi Terbaik Semasa Tidur Bagi Ibu Hamil



Satu perbualan antara pesakit dengan seorang doktor


"Doktor,boleh saya minta MC hari ini?"


Apa masalah puan,puan sakit ke? doktor itu kepada wanita yang sedang hamil.


"Tidak.Saya tak cukup tidur semalam.Perut saya semakin membesar,saya tidak selesa untuk tidur.
'Saya pusing ke kanan dan ke kiri,tetapi masih tidak boleh melelapkan mata".


Doktor berfikir sejenak .Berat juga ujian wanita yang hamil.


"Salam,doktor.Saya mahu bertanyakan sesuatu.Untuk ibu hamil,seeloknya posisi tidur bagaimana yang sesuai ?Untuk pengetahuan doktor,apabila saya mengiring belah kanan saya mempenyai perasaan bimbang kalau-kalau kepala bayi berada disebelah kanan dan terhempap pula.Saya diberitahu orang,tidur terlentang tidak sesuai untuk wanita hamil".


Ketika hamil,banyak pekara yang harus difikirkan.Bukan setakat keselesaan untuk tidur,tetapi juga keselamatan bayi dalam rahim,Ramai para ibu tidak menyedari bahawa posisi mereka tidur boleh mengancam keselamatan bayi dalam rahim.


Apabila rahim semakin membesar,ia mendapat ruang abdomen yang akan mengganggu pernafasan,penghadaman,kelancaran membuang air besar dan air kecil dan mungkin
memperlahankan peredaran darah.


Bayangkan seorang wanita berbaring terlentang.Saya selalu mengibaratkan seguni beras yang mempunyai
berat 2-3 kg diletakakn dibahagian abdomen.Tentu rasa senak dan sukar bernafas jika tidur dalam posisi terlentang.


Posisi terlentang juga menyebabkan rahim memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar(aorta dan inferior vena cava)lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya menganggu bekalan oksigen dan nutrien pada bayi dalam rahim.

Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa posisi terbaik untuk seorang wanita hamil tidur ialah posisi
mengiring (sleep on side).Seorang wanita boleh mengiring kesebelah kanan atau kiri tetapi adalah digalakan
wanita tidur mengiring ke sebelah kanan.Kerana kanan ia lebih menepati sunnah yang Rasulullah s.a.w ditunjukan.

Tidur mengiring tidak menganggu peredaran darah,dan akan menyebabkan lebih banyak nutrien dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim.Selain dari mengiring,lipatkan peha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal diantara kedua peha.


Bagi wanita yang mengalami sakit belakang,bantal boleh diletakkan dibawah perut disebelah belakang.
Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah akibat "reflux gastritis",bolehlah meninggikan bahagian dada
dengan meletakan bantal di bahagian dada.


Wanita yang biasa tidur menelentang,tentu posisi ini tidak selesa.Boleh tukarkan posisi ke kanan dan kiri untuk mengurangkan ketidakselesaan.Berbaring mengiring sebelah kanan di awal adalah sunnah,tetapi mengekalkannya
tidak sunnah.Cuma kita ditegah untuk tidur tertiarap,lebih-lebih lagi ketika hamil.



Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap,lantas beliau berkata:
Inilah bara berbaring yang dibenci Allah.(Hadis riwayat Tarmizi)


Sudah tentu apabila semakin mendekati kelahiran dan abdomen semakin membesar,
sukar untuk tidur meniarap.Tetapi tabiat ini juga harus dihentikan ketika di awal kehamilan.


Dalam banyak kejian menunjukan risiko untuk bayi dalam rahim (stillbirth) bagi wanita hamil
yang tidur mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yang tidur dalam posisi yang lain. 

Kesan posisi meniarap atau terlentang menyebabkan darah yang membawa oksigen
dan nutrien tidak sampai
kepada bayi dan menyebabkan kematian bayi dalam rahim.


Jadi berhati-hatilah ketika memilih posisi untuk tidur ketika hamil.Semoga Allah
mempermudahkan kehamilan wanita yang sabar menghadapi dugaan dalam kehamilan anda.



Wallahhu a`lam.



0 comments: